
Kepada semua muslimin dan muslimat tak kira di mana jua anda berada, saya di sini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ampun dan maaf di pinta dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Jikalau ada salah dan silap, harap di maafkan. Sesungguhnya, yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik itu semuanya daripada Allah S.W.T.
Untuk pengetahuan korang semua, kitorang kat sini (United Kingdom) beraya pada hari Jumaat iaitu sehari awal dari Malaysia. Semalam dapat tahu daripada pengumuman yang dibuat dari Central Mosque kat London. Kitorang kat sini ikut Mekah dan Arab Saudi. Dorang pun beraya hari Jumaat jugak. Dah berapa kali agaknya hari raya jatuh pada hari Jumaat ek? Maknanya ada dua kali sembahyang lah. Sembahyang sunat Hari Raya dan juga sembahyang Jumaat.
Malam tadi saya pergi bayar zakat fitrah buat kali pertamanya. Dah lah buat julung-julung kali nya (sebab sebelum ni bapak tolong bayarkan), bayar di perantauan pulak tu. Memang satu pengalaman yang takkan saya lupakan sampai bila-bila. Insya’Allah kalau sempat nanti, saya akan tunjukkan resit pertama saya bayar zakat fitrah kat sini bersama-sama dengan gambar raya. Masa masuk masjid nak bayar malam tadi, rasa sayu sangat. Mungkin sebab Ramadhan dah pergi meninggalkan kita. Rasa macam nak menangis tapi tak. Menangis dalam hati lah kot.
Walaubagaimanapun, tak elok sedih-sedih sangat kan. Nanti hilang pulak mood berayer tu. Rasa rindu sangat kat keluarga dan kengkawan kat Malaysia. Kepada korang sumer kalau yang baca ni, aku nak minta maaf banyak-banyak kalau aku ada buat silap kat korang ataupun pernah sakiti hati korang ker. Sesungguhnya, aku cuba sedaya upaya untuk berbuat baik pada semua orang, tapi kalau ada yang tersalah kata atau tingkahlaku tu, aku pohon ampun banyak-banyak.
Semoga Tuhan sentiasa memberkati arwah Mummy. Ampunkanlah segala dosa-dosanya. Tempatkanlah dia di tempat orang-orang yang paling mulia di sisiMu. Jauhkanlah dia daripada seksaan kubur dan juga api neraka. Semoga dia sentiasa mendapat perlindungan daripadamu Ya Allah. Amin ya rabbal ‘alamin. Boy sayang Mummy…
Salam Aidilfitri,
Faris Fakri | United Kingdom
by Faris
6 comments
link to this post email a friend