Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

Demam Lagi

Aku demam la kengkawan. Hari tu dah demam. Ni demam lagi. Perubahan cuaca la kot. Tapi yang ni teruk skit sebab aku tak pergi kerja dua hari. Hari tu sehari jer. Selsema, batuk kering, kepala pusing-pusing, adoi memang tak selesa aku dibuatnya. Kebetulannya besok dah weekend, jadi aku cuti empat hari tuuu! Tapi takde pergi memane pun. Duk rumah ngadap PC jer. Cakap pasal PC ni, aku ada sesuatu yang tunjuk tapi bukan sekarang. Untuk entri selepas ni insya’allah hehe. Nak buat suspen la skit. Nantikan debaran yang kian muncul. Di mana lagi kalau bukan di sini di sini di siiiiiniiiiii!

Dah lamer aku tak berblog. Terasa malas giler bab1. Dah tak macam memula dulu. Aku ingat maser memula launch blog ni, boleh dikatakan tiap-tiap hari aku post entri. Tak kire lah apa benda pun, aku bantai jer. Tulis jer ape aku nak tulis. Tapi sekarang macam mana? Aiyo, itu sifat malas sangatlah tebal dalam diriku. Aku kena ikhtiar macam mana nak buang benda tu dalam diri aku. Susah betul. Tapi malam ni aku berjaya jugak post satu entri demi korang semua hahaha. Jangan mara no, gurau jer.

Sebenarnye, dua tiga hari lepas aku ada amik gambar autumn. Yelah, memandangkan autumn pun dah nak habis, so aku tanak lah lepas peluang macam tu ajer. Jadi, maser lunch hour aku tak pegi makan tapi aku pegi amik gambar dekat-dekat dengan opis aku jer. Aku terperasan ada satu tempat macam padang yang penuh dengan pokok-pokok pastu dedaun yang luruh. Memang cantik. Tapi buat masa sekarang aku memang tak boleh nak post lagi gambar-gambar tu. Sebabnya? Al-kisahnya bermulalah satu cerita yang mana pada hari tersebut aku saja lah nak try amik pakai RAW sebab aku jarang sangat amik gambar pakai RAW. Tambahan pula, dengan camera ni lagi lah tak pernah pakai. Jadi, nak juga tau macam mana kualitinya kan. Untuk pertama kalinya, aku tangkaplah gambar-gambar tu semua pakai RAW. Balik rumah, tak boleh bukak! Hahaha. Kenapa? Sebab aku takder plugin RAW untuk Photoshop CS2 dan Canon 40D. Aku dah puas cari kat internet. Yang ada cuma plugin untuk CS3 jer. Nampaknya terpaksalah aku install CS3 pulak untuk membolehkan aku membuka file RAW aku tu. Plugin dah download. Tunggu nak install CS3 jer. Nanti bila dah settle, aku akan post gambar-gambar tu okey.

Cuaca sekarang pun makin hari dah makin sejuk. Maklum ajer lah dah nak masuk winter. Aku memang tak tahan la dengan tahap kesejukan kat sini. Aku memang give up. Tapi apa nak buat. Terpaksa juga aku mengharungi hari-hari yang mendatang ni. Siang hari pun dah semakin pendek. Pukul 4 petang pun dah mula gelap macam time nak maghrib gitu. Memang menakjubkan bagi aku yang kali pertama experience dengan benda-benda macam ni.

Love,

Faris

November 15, 2007 - 1:26 pm yantie - biarlah rahsia ;(

November 14, 2007 - 8:25 pm Faris - Yakkk!!! Deme rindu ko pulok? Bahayo tuhhh!!! Jange duk bia gituh. Bakpo pulok sedih begilo tuh. Aii mace mace lah huhu.

November 14, 2007 - 2:53 pm yantie - ihihi.ambo demei rindu ko demo la faris weh.huhu.sedey begilo!

November 14, 2007 - 2:11 pm Faris - Eleh takde maser kunun. Padaha meme tiru senyak²! Wahahaha!

November 14, 2007 - 1:41 pm yantie - eleh.i pon xdok maso nok tiru u.sbb i kat mesia.u kat uk.wekk~!

November 13, 2007 - 7:14 pm Faris - Yantie : Ado pulok niru. Tadop maso eh nok niru. Ambo deme dulu deh! Molek skik! Inah : Glad to hear from you. Thanks. I'm feeling better now. Pluginbaby : A'a memang cantik. Tapi sekarang semua pokok dah botak dah hehe. I pun tak sempat sangat nak amik gamba autumn. Oooo begitu rupanya petua dia. Thanks a lot Pluginbaby!! You're being so helpful.

November 13, 2007 - 4:46 pm pluginbaby - hahahaha..memang susah nak ilangkan sikap malas..i pon macm tu..cantikkan Fall..i pon baru last week pi Central park tankap gambar pkok2..i just love to see the foliage changing...cantik sangt....anyway...nice to be here again...take care faris...p.s; nak changing weather memang setengah orang akan demam..what u can do is makan pil vitamin C and drink a lot of water...n i mean a lot...it would help...tata...

November 13, 2007 - 4:29 pm inah - hi there..i'm back =)..sorry to hear u demam..get well soon yeah =D hugs!!

November 13, 2007 - 2:49 pm yantie - aihh.demam jugak?tiruuuuuu~!ehe

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

*

*