Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

Inilah Kehidupan

Kadang-kadang hidup ini terasa amat susah kerana terpaksa mengharungi pahit getir semata-mata untuk meneruskan perjalanan yang tidak kekal ini. Perkataan “kalaulah” akan senantiasa bermain di fikiran di kala otak tidak lagi berfungsi. Sebagai contoh, “Kalaulah aku dapat kembali ke zaman kanak-kanak, alangkah indahnya dunia ini”. Aku percaya setiap manusia di bumi Allah ini pernah berfikir sedemikian. Namun, apakan daya masa tidak menunggu kita. Masa akan terus bergerak kehadapan tanpa menoleh ke belakang hinggalah kita sedar yang sebenarnya kita ini dalam kerugian. Itupun kalau ada yang sedar.

Hidup aku tidak pernah terurus dan sempurna mengikut jadual hidup seperti setengah-setengah orang yang daripada zaman kecilnya sentiasa sukses dan berjaya sehinggalah ke alam dewasa. Alangkah bertuahnya mereka-mereka ini. Aku tidak mengeluh. Bahkan, aku bersyukur dan sentiasa gembira dengan apa yang telah dikurniakan olehNya. Sesungguhnya, Dia maha mengetahui. Mungkin masa zaman budak-budak dulu aku sering menuding jari ke arah orang lain, menuduh sesuka hati tanpa berfikir sejenak apakah ini sebenarnya salah aku? Ya, mungkin aku patut menuding jari ke arah diri aku sendiri.

Pernah suatu ketika dahulu, walaupun kehidupanku agak berserabut dengan segala masalah yang datang namun aku tetap gembira dan mampu bergelak ketawa, walaupun seorang diri. Kadang-kadang aku menangis tapi tiada siapa yang tahu. Biarlah aku seorang saja yang mendengar tangisanku kerana apabila orang lain turut mendengarnya mereka akan bertanya kenapa dan sesungguhnya aku tidak ada jawapan untuk mereka. Aku tetap aku. Aku tidak mengharapkan sesiapa pun mengetahui atau mengenali siapakah aku sebenarnya. Baik? Buruk? Jahat? Secara fizikal dan teorinya, orang mampu menghukum berdasarkan perbuatan yang aku lakukan. Secara rohaninya, hanya Allah yang maha perkasa dan aku yang tahu.

Entri yang aku tulis kali ini bukan beerti aku tidak gembira dengan hidupku sekarang. Bukan kerana aku mengeluh dengan apa yang terjadi. Bukan semata-mata meraih simpati. Bukan untuk mendapat perhatian atau sebagainya. Hanya luahan hati yang aku tidak dapat gambarkan dengan jelas. Hanya kerana aku berasakan semakin hari semakin pudar warna kehidupanku yang dulunya sangat berseri.

Ini hanyalah sementara. Besok, lusa, minggu depan, atau mungkin beberapa jam lagi aku terasa malu dengan apa yang aku tulis ini. Terasa seperti membebel dan terus membebel sehingga kehabisan idea. Maka, aku berhenti di sini. Assalamualaikum.

Faris

June 28, 2009 - 12:53 pm zu - Samb.... Memang kekadang kita akan teringat apa yg pernah berlaku pada dri kita dlu, tp kita x bleh nak ubah...kita bleh ambik iktibar drpd kisah lampau tu je... walaupun kat dunia ni sementara, hidup mesti diteruskan....jangan sia-siakan peluang @ apa yang ada di sekeliling kita...dan kita kena ingat, tak semua yang kita nak kita akan dapat...tp bukan bermaksud x perlu usaha dan berdoa... kita kena percaya setiap apa yang berlaku (qada' & qadar) adalah yg TERBAIK untuk kita yg telah ditentukan olehNya...memangla, kalau kita x alami sesuatu tu, nasihatkan orang mmg senang...pepatah kata 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul'...apapun kita akan sedar nnti ...bila?..waktu kita duduk sorang2 dan muhasabah diri...untuk ketenagan dan kebahgian jiwa... Apapun, ni hanya pendapat saya.. wasalam

June 28, 2009 - 12:44 pm zu - salam... Ermm..bagus gak penulisan awk faris. Kekedang kita terlupa yg alam ni cuma persinggahan sahaja..x kekal...sbb kita terlalu sibuk dengan urusan dunia, sedangkan kita juga akan duduk di alam kekal yg menuntut kita melakukan ibadat2 tertentu....Nasib baikla dunia ni sementara, klu kekal, x bleh nak imagin apa akan jd nnti...Maha suci Allah..DIA je yg tau... Apapun, kita berusaha ke arah yg lebih baik..what is past is past...

April 2, 2009 - 4:55 am ezza - biasa la faris..itu tandanye kita ini hamba ALLAH...semuanye tak kekal suka duka silih berganti dalam hidup kite tujuanNYA, adalah untuk kita beriman denganNYA....apa-apa pun luahan hati itu bagus dari tersimpan terus dalam hati nanti bikin gila kita nanti so...dont shy shy ok all d best!

March 12, 2009 - 11:11 am Tiara - Hmm... sudah beberapa ketika diri ini tidak bertandang ke sini. Penggunaan bahasa tuan hamba sangatlah baik. Seperti hendak menulis novel pula. hahaha:-p

March 9, 2009 - 4:54 pm moon - emm..wishing u hav a nice day bro..

March 9, 2009 - 3:11 pm mizuary - apsal plak nih...problem plak dah....adusss...

Your email is never published or shared. Required fields are marked *

*

*